Assalamualaikum, semua sihat? Anyway, this time I will share a few tips in choosing the right ingredient during the diet. All ages gender freely & safely can consume it. Apart from focusing on reducing the quantity of food, we need to have the correct information on a healthy ingredients. Semua bahan makanan ni, sesuai untuk semua jenis diet. Sebelum ni, nak turunkan 1KG susah sangat. But bila you consume cara begini, insyallah semua you boleh turun 3KG.
1. TUKARKAN ROTI PUTIH KEPADA ROTI WHOLEMEAL
Banyak perbezaan antara roti putih dan roti wholemeal. Kenapa roti wholemeal lagi berkhasiat? Roti Wholemeal adalah sejenis karbo complex iaitu roti dicerna lebih perlahan tetapi berterusan dan ia sangat sangatlah sesuai bagi pesakit kencing manis. Sedap! Nak sihat kena ubah gaya makan.
Kalori (2 keping roti wholemeal)= 127 Kalori
2. TUKARKAN NASI PUTIH KEPADA BERAS PERANG
Saya guna brand ni. |
Kenapa perlu tukarkan nasi putih kepada beras perang? "Dah gemuk salahkan nasi" --- "Makanlah nasi sikit, takpe". Ya betul kuantiti sikit. Menurut analisis yang dijalankan oleh Jurnal Perubatan British, risiko diabetes meningkat 11% bagi setiap hidangan nasi putih yang dimakan. Beras perang juga sejenis karbohidrat kompleks. Karbohidrat kompleks ni bagus tau! Ia juga membantu awak kenyang dengan lebih lama dan dia tinggi serat & vitamin B!
3. TUKARKAN KENTANG KEPADA UBI KELEDEK
Both are carbohydrates. Dengan mengamalkan ubi keledek 3 hari berturut-turut, awak mungkin akan nampak perubahan pada berat bedan. 3 hari boleh hilang 2kg. Kira okaylah kan. Ubi keledek boleh membantu awak menguruskan badan secara tradisional. No wonder zaman nenek atuk kita dulu semua kurus slim aje. Makan ubi kayu ubi keledek. Besar khasiatnya! Jangan abaikan atau tinggalkan makanan karbo sepenuhnya kerana kekurangan karbo dalam badan membuatkan awak kurang tenaga untuk berjalan bekerja & etc.
Rendah Kalori-130gram mengandungi 112 kalori (Membantu dalam pembakaran lemak)
Serat Tinggi-Membantu meningkatkan metabolisma badan & awak akan berasa cepat kenyang
Tinggi Karbohidrat-Ubi Keledek juga merupakan karbo kompleks yang bagus!
4. TUKARKAN MEE/BIHUN/MAGGI KEPADA SOHOON
Kadang-kadang time diet, ada time kita tiba-tiba craving pulak nak makan maggi mee bihun kan? Takpa jangan risau. So awak boleh lah gantikan bihun dengan suhun. Suhun diperbuat daripada kacang hijau 100%-karbohidrat kompleks-free sugar&fat! Memang sangat-sangat sedap. Saya pulak memang gila bihun. Nanti saya tunjukkan cara masakan dia dengan betul. Jangan masak beriya riya pulak. Terus jadi tak sihat haha.
5. TUKARKAN CEREAL/NESTUM/OATMEAL KEPADA ROLLED OAT
Wajah sebenar rolled oat! |
Im using this brand |
Kepada kaki cereal, nestum and oat, awak boleh cuba rolled oat. Rolled oat free sugar & karbohidrat yang baik. Jadi rolled oat memang clean ya. Rolled oat buat awak kenyang lebih lama berbanding nasi kerana tekstur oat lebih dan kasar berbanding oat biasa walaupun sudah direndam rolled tidak akan jadi lembik dan awak takkan muat untuk makan. Bagus untuk jantung & kurangkan berat. Rolled oat sesuai untuk individu yang bekerja kerana ia mudah dihidang & dibawa kemana shj. Awak tak perlu susah susah nak fikir breakfast nak makan apa, buat je rolled oat, tentu jimat masa & juga kenyang lebih lama! Rolled oat boleh didapati di mana mana supermarket, giant/tesco/aeon/jaya grocer semua ada.
7. TUKARKAN FRESH MILK KEPADA ALMOND MILK
Almond Milk adalah pelengkap kepada sajian rolled oat! Sesuai untuk hidangan healthy smoothies too! Rasanya lemak-lemak manis almond dan sedikit berkrim. Tak muak langsung. Kalori susu almond adalah rendah berbanding susu fresh milk yang lain. Maka sesiapa yang sedang dalam proses achieve ideal weight semestinya akan jatuh cinta dengan susu almond. Khasiat banyak, sihat pun sihat! Saya suka guna susu Almond milk bila prepare sajian smoothie or overnight oat. Pengambilan yang bagus adalah ketika breakfast dan dinner. Harga sekotak almond milk agak sedikit mahal berbanding fresh milk biasa. Biasalahkan makanan sihat ni agak mahal sikit, but why not kita invest untuk kesihatan yang baik kan?
8. TUKARKAN MINYAK MASAK BIASA KEPADA OLIVE OIL
I love using Naturel Olive Oil brand! I use both Pure Olive Oil and Extra Virgin Olive Oil. Cuma bezanya pada total fat. Sikit je beza amount. Pure Olive Oil has a moderate fruity flavour sesuai for marinades, stir-fry, grilling and roasting. While Extra Virgin Olive Oil ideal as a dip or salad dressing. Boleh juga dalam apa apa masakan melayu ya. Saya guna olive oil for bakar ikan, ubi keledek and also masak rolled oat. Sedap!
9. PEANUT BUTTER
Saya pernah baca entry before ni, ada yang suggest peanut butter skippy. Peanut butter skippy still belum fully clean meal okay sebab dia still ada sugar & kalori tinggi. Even Skippy rendah sekali pun, still not recommended. Saya syorkan awak beli JiF or Yogood brand, memang clean & free sugar. Bila awak consumes, confirm sikit pun awak takkan rasa manisnya peanut butter macam lady's choice (sorry you're not my choice anymore!) Peanut butter could become part of your healthy weekly---even daily--diet.
10. YOGURT GREEK ORIGINAL
YOGURT GREEK NATURAL 一 Yogurt greek membawa banyak kelebihan dan memberi manfaat kepada kesihatan. Penggemar yogurt pasti menyukainya! Yogurt greek mengandungi 239 kalori, 3gr lemak, 10mg kolestrol, 110mg natrium, 45gr karbohidrat, 37gr gula & 8gr protein. However, khasiat dan kalori berubah bergantung kepada penambahan makanan dalam sajian yogurt seperti buah, kismis, madu. Yogurt membantu memudahkan pencernaan, sumber protein, tinggi serat, mengurangkan kolestrol dan mengekalkan berat badan. Lets say time tengah diet kita craving pancake, cookies, yogurt salah satu bahan yang boleh digunakan dalam pembuatan pancake secara sihat! Sedap! Saya buat yogurt bersama-sama dengan Tuna Chunk In water + cucumber + blackpapper, then wallahhhhi sedap!
If you never try, you never know 一
Honestly, all these 10 ingredients are my favorito! I love it! I enjoy it! Now I finally lose almost 20KG alhamdulillah. Never stop trying. Keep trying to know the better ways. I didn't consider it as a burden of my life but it is one of my life journeys which not everyone could feel it. I am really really enjoying this diet journey and I cant wait to see my new me cause I never knew my thiny me. Insyallah I will share a few recipes that include all the ingredients above by this week. Oh, if you have additional diet tips, you can comment down below, I'm glad to read your tips! I'll see you in my next entry.
"There are no better ways, it is the only a hard way. Get it. Achieve it. Enjoy it" 一 THEAMIRA SYUKRINA
ASSALAMUALAIKUM!