2020 RESOLUTIONS

January 16, 2020


Hi and assalamualaikum peeps. Sumpah lama gila aku tak update apa apa dekat blog ni. Kalau physically blog ni wujud secara realiti, memang dah usang dan berhabuk gamaknya. Maaflah, banyak hal yang perlu disettlekan dulu. Plus, aku pun kurang idea and content nak isi dalam vlog. Btw, aku mula berjinak dalam "youtube", itu pun jika ada event or apa apa hal hari istimewa je aku record vlog. Kalau tak, tiada maknanya.

2020 RESOLUTION??

Aku ada a few resolution, sama ada benda tu berulang daripada tahun-tahun sebelumnya or ada yang baru. Tahun lepas tak sempat nak letak apa apa azam untuk 2019. Hahahaha... tak sempat kot. Tapi 2019 memang full of memories, seriously. Its wonderful year. Kalau rajin nak share, aku share hahaha. Aku jarang and kurang berminat nak share resolution dekat any social media sebab entah rasa malu, rasa perasan sorang diri. Tapi dekat sini aku share, siapa yang dapat baca, nasib badan lah. 

1. Full Solat 5 Waktu (Awal Waktu)

  • Kekadang sengaja kekadang tersengaja kekadang terlepas sebab dahulukan enjoy dulu. Jadi tahun ini, memang azam nak full solat 5 waktu. Bila jadi student ni, tidur lambat, lepas tu mula lah terlepas subuh. Set mind, dahulukan DIA, nescaya kehidupan kau akan dipermudahkan. 
2. Read Al-Quran
  • Baca twitter oleh, baca satu muka surat al-quran takoleh. Bawak bawak praktik setiap hari membaca al-quran. Setiap kali selepas solat maghrib.
3. More Sedekah
  • Tidak kira daripada pelbagai apa jua sedekah, sama ada dari wang ringgit, senyuman, & pertolongan. 
4. Read 5 books a year
  • Aku sejenis manusia yang kurang membaca, membaca pun bila perlu. Jadi tahun ni, rasa macam rugi tak gunakan masa setahun yang ada untuk membaca at least 5 buku. 
5. Loss weight
  • Hahahahaha okay ni azam setiap tahun dari dahulu sampai sekarang. Entah bila boleh delete azam ni eh agaknya. Tapi tahun ni aku akan make sure aku loss weight sebab ada benda aku perlu buat. Dengan loss weight ini, maybe aku gain confident. Mana tahu kan...
6. Healthy Eating
  • Sejajar dengan penurunan berat badan, pengambilan makanan yang khasiat perlu diutamakan dan menjadi penyumbang utama kpd hasil azam ini. Semoga Amira Syukrina dapat menahan segala nafsu saiton dan maintain makan makanan khasiaaaaat ni. 
7. Travel
  • Memandangkan aku pun dah nak habis belajar (Tahun 3, sem 6), aku harap sangat sebelum aku habis, kita semua dapat travel sana sini. Tak kesah lah manamana. Sebab itu je memori aku boleh simpan dan bawa sekiranya aku rindu zaman belajar aku. Hahaha belajar tu kurang nampak memori lol....jalan jalan je banyak memori hahaha.... Dimana?? Nantikan....
8. Reduced sweet drinks and fast foods
  • Reduce ok! Bukan NO. Yela kita manusia bernafsu, apa boleh buat hahaha. Tidak dapat dijangka. 
9. Drink more plain water
  • Minum air masak memang habit aku. Sampai lebih 5 kali keluar masuk tandas. Tapi aku perlu maintain jugak. Takut takut dah tak minat minum air masak. 
10. Graduate On Time (GOT)
  • Azam for every students. By the end of this semester (6), semua dipermudahkan and berjaya dalam apa jua pembelajaran. 
11. Driving License
  • Hopefully, by the end of this year, i get my drivig license, boleh lah Amira drive. Hehe
All of this resolutions, kita hanya merancang, kita hanya berusaha, kita hanya tawakal, tetapi Allah yang menentukan. Sekiranya tidak dapat, ada hikmah kenapa. Sekiranya berjaya, Alhamdullilah. Semoga tercapai segala impian dan dipermudahkan urusan selalu wahai diriku, Amira Syukrina. Terima kasih kerana membaca coretan ini, semoga kita bertemu kembali dalam coretan seterusnya. Bye. 




You Might Also Like

2 comments

  1. semoga segalanya dipermudahkan untuk mencapai azam , aminn

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan :) hihi walaupun sy baru komen untuk entry sis bulan januari, saya harap kebanyakannya tercapai :)

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe